Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua, maaf atas kelewatan perkongsian sebab aku agak sibuk dengan study. Maklumlah final exam aku akan bermula tidak lama lagi. So pada hari ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang khasiat buah kurma, so tanpa membuang masa jom kita mulakan perkongsian kita pada hari ini. Setiap kali datangnya bulan suci Ramadhan, pasti kita jumpai berbagai makanan dan minuman yang sering muncul untuk dijamah baik sebagai menu sahur, ataupun berbuka puasa. Salah satu menu yang pasti kita temui adalah buah kurma, iaitu buah mempunyai segudang keistimewaan dan manfaat yang sangat baik untuk tubuh manusia. Hal ini tidak hanya dibuktikan secara ilmiah semata, tetapi juga telah termaktub dalam al-Qur’anul karim dan sabda Nabi Salallahu ‘alahi wassalam. Antara khasiat buat kurma ialah memiliki kadar gula yang tinggi. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi, dikatakan dari Anas r.a, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, berbuka puasa sebelum shalat dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air”. Hal ini menjelaskan bahwa sebetulnya kurma mempunyai kandungan yang baik untuk mengembalikan tenaga pada tubuh setelah berpuasa. Dan benar saja, ternyata kurma adalah jenis makanan yang kaya akan glukosa, yang mampu menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Selain daripada itu, ia juga kaya dengan serat. Serat yang terkandung dalam kurma ternyata mampu mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat dalam kurma juga mampu mencegah terjadinya kanker usus besar, dikarenakan serat berfungsi membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengingat bahan kimia. Seterusnya, buah kurma juga merupakan buah yang mengandungi multivitamin yang lengkap. Kandungan yang juga amat penting yang terdapat pada kurma adalah Kandungan pro Vitamin A (beta karoten) yang mencapai 89 mikro gram per 200 gram buah segar. Vitamin A juga berkhasiat untuk kesehatan mata, sehingga tak heran jika kebanyakan orang gurun rajin memakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan penglihatan. Selain itu kurma juga mengandung vitamin B kompleks, vitamin C dan vitamin K yang berfungsi sebagai anti oksidan. Di samping itu, ia juga sangat baik untuk ibu yang hamil dan melahirkan. Doktor Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thib an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatakan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan bahawa perempuan hamil yang akan melahirkan sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula. Hal ini kerana banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi jika hal itu memerlukan waktu yang lama. Sehingga kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal pergerakan rahim dan menambah masa sistolennya, iaitu kontraksi jantung ketika darah dipam keseluruh badan. Akhirnya, buah kurma mampu melindungi tubuh badan daripada racun. Rasulullah Salallahu ‘alahi wassalam pernah bersabda; “Barang siapa yang memakan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun”. Dan benar saja, dalam satu cerita dikisahkan ada seorang wanita yahudi yang melakukan percubaan pembunuhan kepada Rasulullah dengan menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada Perang Khaibar. Ternyata racun yang tertelan oleh beliau bisa dinetralisir oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Bisyir Ibnu al-Barra’, salah seorang sahabat yang juga ikut memakan racun tersebut akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Okay sekian saja perkongsian aku buat kali ini, harap perkongsian aku kali ini bermanfaat buat hampa semua di luar sana dan di sini aku ingin memohon maaf atas segala kesilapan aku jika aku ada terkasar bahasa atau menyigung perasaan mana-mana pihak yang mengunjungi blog ini sepanjang perkongsian aku. Yang baik itu datangnya dari Allah dan salah silap itu datangnya dari diri aku sendiri. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan di sini juga aku ingin megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta berhati hatilah buat mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Assalamualaikum wbt.
Keistimewaan bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani aku mulakan perkongsian harini, moga kita semua dilimpahi rahmat dan diberikan rezeki dan barakah di bulan yang mulia ni. Aku doakan semoga ramadhan kali ni menjadi yang lebih baik buat kita semua dan untuk perkongsian harini aku nak berkongsi 4 keistimewaan bulan ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Apakah maksud ramadhan sebenarnya? okay ramadhan bereti panas atau panas yang menyengat. Oleh itu makna ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan berasa haus disebabkan sedang berpuasa. Keistimewaan yang permata adalah amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali. Bagi sesiapa yang menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu dan bagi mereka yang melaksanakan amal fardhu diberikan balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 4 kali Jumaat pada bulan itu, maka 4 x 70 = 280 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 6 tahun solat Jumaat dan qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Yang kedua ialah, dikurniakan malam Lailatul Qadar. Seperti yang kita tahu umat yang terdahulu dikurniakan umur yang panjang sehingga ada yang mencapai beratus-ratus tahun dan ada juga sehingga beribu tahun umur mereka untuk beribadah kepada Allah SWT tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. lingkungan umurnya hanya 60 hingga 70 tahun sahaja kalau lebih pon hingga 90 tahun, jadi nampak tak bertapa sayangnya Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan dikurniakan olehNya malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah walaupun lingkungan umur kita semua teramat la pendek jika kita bandingkan dengan umat terdahulu tetapi dengan adanya malam Lailatul Qadar ini kita mampu beribadah setanding dengan umat yang terdahulu oleh itu rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah SWT buat kita bagi mencari malam Lailatul Qadar dalam 10 malam terahkir di bulan ramadhan. Untuk keistimewaan yang ketiga adalah tawaran pengampunan dosa-dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Barangsiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya telah lalu” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim). Keistimewaan yang keempat ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Okay sekian sahaja perkongsian aku buat kali ni, semoga perkongsian aku kali ni dapat memberi info yang bermanfaat buat hampa semua. Jumpa lagi di lain waktu, Assalamualaikum dan selamat menyambut ibadah puasa buat anda semua di luar sana.
Apa tu Audiology??
Asssalamualaikum wbt, kembali lagi bersama aku untuk post terbaru iaitu apa tu sebenarnya audiology?. Okay di post yang lalu aku ada habaq yang aku ni merupakan pelajar tahun 1 dalam kursus audiology, mesti hampa semua tertanya tanya apa tu sebenarnya kursus audiology atau audiologist kan? sebab kursus ni tak famous macam kursus-kursus yang lain macam biomed, medic dan sebagainya la. Untuk pengetahuan hampa semua kursus audiology hanya ditawarkan di 3 buah ipta saja iaitu di UKM, USM dan UIA. Okay pernah sekali tu member aku tanya dekat aku dapat course apa and aku jawab la audiology then dia haaa course apa tu tak pernah dengaq pon, ohh course ni berkaitan ngan pusat-pusat radio ehh dia jawab. Aku masa tu rasa nak tergelak pon ada bengang pon ada hahaha. Okay sudah-sudah kembali ke topik kita, sebenarnya kursus audiology ni merupakan cabang sains yang mengkaji pendengaran, keseimbangan dan gangguan yang berkaitan. Pengamalnya, yang merawat mereka yang kehilangan pendengaran dan secara proaktif menghalang kerosakan yang berkaitan, digelar ahli audiologi atau audiologist. Dengan menggunakan pelbagai ujian seperti ujian pendengaran, ukuran pelepasan otoakoustik, videonystagmography, dan ujian elektrofisiologik, audiologi bertujuan untuk menentukan sama ada seseorang boleh mendengar dalam julat normal, dan jika tidak, sejauh mana bahagian pendengaran (frekuensi tinggi, tengah, atau rendah) terjejas, dan di mana kecederaan yang menyebabkan kehilangan pendengaran boleh ditemui (telinga luar, telinga tengah, telinga dalam, saraf pendengaran atau sistem saraf pusat). Jika seorang ahli audiologi mengesan bahawa kehilangan pendengaran atau terdapat kelainan vestibular, beliau akan menyediakan cadangan kepada pesakit sebagai pilihan (contohnya: alat bantuan pendengaran, implan koklea atau rujukan perubatan) yang sesuai. Sebagai tambahan kepada ujian pendengaran, ahli audiologi juga boleh bekerja dengan pelbagai pelanggan dalam pemulihan (individu dengan tinnitus, gangguan pemprosesan pendengaran, pengguna implan koklea dan / atau pengguna alat bantuan pendengaran), dari populasi pediatrik kepada veteran dan boleh melakukan penilaian tinnitus dan sistem vestibular. Okay sekarang ni hampa semua dah tau kan apa tu sebenarnya audiology jadi boleh la kongsi-kongsi dengan member na hihi. Di Malaysia, kesedaran tentang masalah pendengaran ni memang sangat rendah jika kita bandingkan dengan negara-negara luar sebab tu la ramai rakyat Malaysia yang tak tahu pasal kursus ni dan bagi skop kerja pulak boleh aku katakan hampir semua lepasan graduan audiology memang akan mendapat tawaran kerja sebab keperluan seseorang audiology di pusat perubatan seperti hospital memang sangat lah tinggi. Okay sekain sahaja dari aku, yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk tu datangnya dari salah dan silap aku sendiri. Jumpa lagi di lain waktu, Assalamualaikum wbt.
Kehidupan Di Universiti
Assalamualaikum wbt. Okay pertama kali aku nak memperkenalkan diri aku dulu, Nama diberi Muhammad Ridzuan bin Mohamad Anuar dan berasal dari Taiping Perak. Sebelum aku melanjutkan pelajaran aku di universiti dalam kursus audiologi, aku merupakan bekas pelajar di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Cukup sekadar tu bagi pengenalan diri aku jom kita bincang pasal topic kita hari ini. Okay sebenarnya hidup di universiti ni memang bebas jika kita bandingkan dengan kehidupan di matrikulasi atau di sekolah. Kenapa aku cakap macam tu sebab jadual di universiti ni tak terlalu padat kalau kita bandingkan dengan jadual di matrikulasi. Selalunya waktu pembelajaran di matrikulasi akan bermula dari 8 pagi sampai ke petang dalam pukul 4 atau 5 macam tu kalau tak silap aku la tapi dekat universiti ni kadang- kadang kelas mula pukul 9,10 pagi macam tu dan kadang tu satu hingga dua kelas ja sehari jadi nampak tak banyaknya masa lapang dekat situ. Ak merupakan pelajar tahun 1 so jadual kelas ak memang kebanyakkannya macam tu tapi banyak ja senior kata first year memang rilek banyak, bila kau dah naik tahun 3 dengan 4 memang jadual padat gila, kelas dari pagi ke petang dengan klinik lagi. So aku nak kongsi dekat sini masa hampa semua tahun 1 dengan 2 score la gila2 cgpa (pointer) sebab makin lama pelajaran makin susah so jangan la sia-siakan waktu tahun 1 dengan 2 hampa semua. Bagi aku tak salah kalau nak enjoy life hampa dekat universiti ni tapi jangan sampai lalai pulak sebab hidup dekat uni ni tk sama dengan dekat sekolah atau matrikulasi, bila hampa tak buat kerja ada ja cikgu atau lecturer hampa yang akan tegur atau marah-marah tapi dekat uni ni takda sapa nak tolong hampa ingatkan itu ini, semuanya atas usaha hampa sendiri kalau malas2 tu hanyut la hampa. Aku bukan nak takut-takutkan hampa semua bila masuk uni nanti tapi sebenarnya kehidupan dekat uni ini memang seronok, hampa boleh buat banyak kawan baru dari merata tempat dan macam-macam lagi la cuba kena pandai la manage masa hampa tu study bila, main bila dan enjoy bila. Cukup la sekadar tu perkongsian aku buat hari ni. Harap perkongsian aku ni ada la bagi manfaat serba sedikit dekat hampa semua, sekian saja dari aku. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari salah silap aku sendiri. Assalamualaikum wbt.
The Journey Begins
Thanks for joining me!
Good company in a journey makes the way seem shorter. — Izaak Walton
